Madah & Karenah

August 11th, 2007 by nation-kingdom

biar buta penglihatan
jangan buta hati dan fikiran
biarpun miskin harta
jangan papa adat dan bahasa

menghelang-helang buana
jangan lupa saudara tetangga
bila hujung dijumpa
jangan pula pangkal yang kau lupa

harumnya bunga rampai
oleh kerna ramuan yang pandai
indahnya sang pelangi
tapi sayang tiada bererti

hidup dalam dunia banyak ceritanya
selagi bernyawa ada saja karenahnya
yang indah hanyalah bahasa
disebut dibaca gurindam serta seloka

namun kenyataan hidup masih tetap sama
tidak kira walau di mana
tepuk dada tanya selera
amalan biasa

harumnya bunga rampai
oleh kerna ramuan yang pandai
indahnya sang pelangi
tapi sayang tiada bererti

ohh penyair atau pujangga
bermadah kelana dunia begitu jua
dahulu mahupun sekarang
tiada berbeza pucuk pangkal hati jua

kalau emas, emas jua
dibuang tetap berharga
kalau besi, besi jua
kan karat akhirnya

dunia banyak ceritanya
selagi bernyawa ada saja karenahnya
yang indah hanyalah bahasa
disebut dibaca gurindam serta seloka

namun kenyataan hidup masih tetap sama
tidak kira walau di mana
tepuk dada tanya selera
amalan biasa

*Ini lagu Ramlah Ram

SIAPA PERLU KU NANTI?

June 24th, 2007 by nation-kingdom

SIAPA PERLU KU NANTI?
Ice_and_pop_md_wht

ingin ku miliki hati mu,
ingin ku miliki diri mu,
ingin kamu penyeri malam ku,
agar dapat ku curah rasa hati,
dan bertanya khabar diri,
agar terisi gemala hati,
dan penyejuk sanubari,
demi lautan hidup yang direnangi,
biar gelora menghempas ganas,
tidak lagi aku akan menagis,
kerna aku tidak lagi sendiri
kerana ditemani oleh kelembutan,
kelembutan kasih mu padaku,
demi itu aku usahakan,
mengisi coretan hidup ku,

namun kerana itu, aku terpaku,
tidak tahu mana arah tuju,
arah yang sini, sana, atau di situ,
oleh halangan di tiap penjuru,
aku penat menanti satu jawapan,
dengan seribu persoalan yang menyakitkan,
bermain di pelusuk mindaku,
aku dan dunia ku,
bersendiri di lautan sepi,
menguis di gigi pantai,
seakan menunggu seseorang,
tapi siapa gerangan?
adakah dirimu yang ku perlu,
dan yang aku harus tunggu?
demi Tuhan, aku tak tahu

KAU TETAP DALAM ANGAN KU

June 17th, 2007 by nation-kingdom

KAU TETAP DALAM ANGAN KU

sekilas ku teringat
detik2 yg lepas
indahnya berkasihan
semacam ku rasakan
tak sanggup rasanya
di saat di tinggalkan

dan seboleh2 nya ku ingin mengikutmu
walau ke lurah dalam
aku sanggup tenggelam
demi kerana sayang
apa jua ku rela jiwa dan raga

engkau saja yg sentiasa
bermain di fikiran
tiap masa & ketika
tak terlintas di hati
utk curang kepadamu oh kekasih

aku harap pendirian engkau juga
sama2 pertahankan kesetiaan
walau diacu belati tajam mengugutku
cinta aku kasih aku bukan untukmu
hanya itu mampu kuberi

tersentak lamunan
bila diri ini di
sentuh oleh seseorang
ku cuba damaikan
hati yg kian berkocak
agar perasaan sedih ini tidak nampak

DI PUSARA INI KU SETIA BERDIRI
BERSAMA DOA2 TAK PUTUS KU HULURKAN
ITULAH TANDA KASIH, KASIH YG SEBENAR
WAJAH DAN SENYUM MU SENTIASA KU ANGANKAN
ADUHAI SAYANG…

ILHAM MENCARI CHINTA

March 22nd, 2007 by nation-kingdom

MAKA BERMULALAH SA-BUAH CHERITA….

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

guru:
ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan
jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting.
sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya
kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar
menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya
telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya
tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya
biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling
menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak
mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru:
ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling
cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu
perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa
lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon
tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru
tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar
itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya
berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali
dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini
lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik
buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak
memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….

tamat….
==============

Kesimpulannya,
usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan
janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan
seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan
pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

love is

March 15th, 2007 by nation-kingdom

love is everything, it’s beautiful, it sucks, it hurts, it cures…

*bagiku… MAKNA BAHAGIA?

November 12th, 2006 by nation-kingdom

Apa maknanya BAHAGIA? Ia
merupakan suatu perkataan yang amat mudah difahami namun tidak cukup
difahami… it’s complicated. Sememangnya kita akan rasa bahagia apabila
merasa cukup senang dengan apa yang kita ada atau kecapi. Namun fitrahnya kita
sebagai manusia memang tidak akan puas dengan apa yang dierolehi. Nabi kita
pernah bersabda, "Jika diberikan segunung emas kepada seseorang itu,
nescaya ia ingin yang kedua".

Jadi… adakah ini bermakna kita sebagai manusia tidak akan
memperolehi kebahagian yang mutlak? Mungkin…

Namun yang menjadi kepastian, kita harus berpada-pada
dalam segala macam perkara dan kebahagian yang mutlak hanya boleh dikecapi di
syurga.

Dalam konteks dunia PERCINTAAN,
kalimah kebahagian sememangnya amat sinonim dengan kehidupan pasangan bercinta,
dan sesungguhnya cinta yang tulus boleh merubah pada hati budi masing-masing.

Seseorang yang sedang mabuk dilamun cinta lebih
mengutamakan kebahagian pasangannya sehinggakan kebahagian untuk diri sendiri
tidak dicari atau terabai. Baginya kebahagian Si Dia adalah kebahagiaannya jua.
Namun alangkah bahagia sekiranya fenomena timbal-balik atau crossover
terjadi dalam hubungan suci dua insan tersebut.

Tetapi malangnya dalam dunia percintaan, sering kali
fenomena ini tidak berlaku, maka terjadilah apa yang disebut sebagai ‘Bertepuk
Sebelah Tangan’. Tepukkan awal yang tidak berbunyi hanyalah mendatangkan
sedikit kekecewaan dan tidaklah begitu menyakitkan Sang Empunya Tangan. Namun
tepukkan sebelah tangan yang berbunyi amatlah berbisa kerna lambat laun ia akan
meracuni dan menggirit hati, akal fikiran, dan wang ringgit.

Maka, banyaklah lahirnya lagu-lagu yang mengumpamakan
‘bunga yang dijaga-jaga sekian lama belum berkembang, sayang bertabur di laman
gersang.’ Kerna cinta lara, ramai yang jadi seperti burung yang kepatahan
sayap, dan paling tidak patut – menamatkan kontrak lakonan mereka di pentas
dunia. 

Berpada-pada tunggak kebahagian. Berpada-pada dalam
memberi kepercayaan, berpada-pada dalam memberi dan menerima kasih-sayang,
berpada-pada dalam menerjah kerinduan… dan berada-pada dalam memberi
kebahagiaan. Berada-pada manusia seadanya.

 

batang gembira jenis keras atau lembut…

November 8th, 2006 by nation-kingdom

Better not translate ENG to BM especially IT term.. why?? for example…….

*hardware = barangkeras
*software = baranglembut
*joystick = batang gembira
*plug and play = cucuk dan main
*port = lubang
*server = pelayan
*client = pelanggan

Try translate this:

ENGLISH : That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick.The joystick goes into the port of the client.

BAHASA : Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang
gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.

Kesah Isterinya Usin

September 11th, 2006 by nation-kingdom

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik
isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah,
cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak
sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah
siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik
kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan
perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin
berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat
jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga
dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin
berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar
untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai
kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju
sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya
memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus
memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha… tu ada satu lagi
bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa…." Usin terus masuk
gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!

"Usin….bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan
Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin
menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya
isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Teknik Memecah Dara

September 11th, 2006 by nation-kingdom

VincaTahukah anda apa itu ‘memecah dara‘? Bagi anak muda yang belum berkahwin, isu ‘dara’ seolah-olah merupakan satu misteri.

Tidak ramai orang yang suka
membincangkannya dan kalau anda bertanya pun orang yang telah
berpengalaman mungkin akan menjawab sambil berjenaka: ‘Itu pun mahu
ditanya? Senang ba itu. Sudah cocok nikahlah. Sudah nikah cucuklah..’.

Sebenarnya dalam artikel ini isu ‘memecah dara‘ adalah jauh lebih penting dari apa yang selalu mahu ditanya kepada mereka yang telah berpengalaman. Kini misteri ‘memecah dara‘ sudahpun terungkai. Selepas ini ramai anak muda akan membincangkan perihal ‘memecah dara‘ yang penuh teknik, penuh ilham lagi berwawasan. Bagi perempuan yang belum bernikah pula, jagalah kehormatan anda dan peliharalah mahkota kesucian anda.

‘Memecah dara’ yang saya maksudkan di sini ialah menjadi perintis dan peneroka. Untuk berjaya, seorang insan itu perlu memecahkan ruyung barulah dapat sagunya. Dia perlu jadi orang yang pertama. Sebelum itu belum ada yang pernah mengkaji melainkan dia. Sebelum itu belum ada yang pernah menyelidik melainkan dia. Sebelum itu belum ada yang pernah melakukannya melainkan dia.

Sikap ini amat penting dipupuk dan dibaja di kalangan orang Timur, terutamanya orang Melayu. Kita tidak mahu orang kita hanya maju dari segi menggunakan teknologi tapi maju dari segi mencipta teknologi baru. Inilah yang masih kurang. Yang membimbangkan kita ialah begitu ramai anak-anak muda leka dibuai oleh berbagai teknologi baru ciptaan oranglain. Masa mereka terlalu banyak dihabiskan untuk menggunakan teknologi bukan menghasilkan teknologi. Terlalu banyak masa digunakan untuk menghabiskan wang, bukan untuk mendapatkan wang.

Apakah teknik terbaik untuk ‘memecah dara‘? Gunakan kemudahan internet untuk meneliti apakah yang belum ada tapi diperlukan oleh ramai orang.
Orang yang memilih jalan mudah biasanya akan menjawab: ‘Semua dah ada,
tak ada apa lagi yang patut dicipta, kita gunakanlah saja apa yang ada,
buat apa pening kepala….’. Memanglah. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kalau anda sanggup bersusah-payah pada masa sekarang, anda akan menjadi hebat di masa hadapan. Bila solat, mohonlah ke hadrat Allah agar anda diberikan ilham-ilham untuk membolehkan anda mencipta berbagai perkara baru yang bermanfaat. Itulah teknik terpenting ‘memecah dara‘.

Saya harap anda gembira membaca artikel ringkas ini. Saya pilih tajuk Teknik Memecah Dara agar ramai orang akan baca artikel ini. Ia mempunyai hikmah yang jauh lebih penting dari memecah dara mengikut pengertian konvensional. Pesanan untuk anda dan diri saya sendiri: ‘Pecahkan Darayang ini dulu. Mudah-mudahan kita semua akan berjaya dan menjadi bangsa dan umat Islam yang hebat.

Kita jumpa lain kali, insyaAllah.

Makhluk Aneh!!!

September 4th, 2006 by nation-kingdom

ika anda layan dia baik-baik, dia kata anda cinta padanya;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda mainkan dia.

Jika anda berpakaian kemas, dia kata anda mahu memikat gadis lain;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda pokai.

Jika anda bertengkar dengan dia, dia kata anda salah;
Jika anda berdiam diri, dia kata anda tak guna.

Jika anda lebih bijak dari dia, dia akan merasa tidak adil;
Jika sebaliknya, dia kata anda kureng..

Jika anda cinta padanya tapi tidak berbalas, anda tarik diri;
Tapi dia kata anda tinggalkan atau elakkan diri darinya.

Jika anda tidak pegang dia, dia kata anda tidak cinta padanya;
Bila anda pegang dia, dia kata anda gatal.

Jika anda beritahu dia masalah anda, dia kata anda banyak masalah dan tak guna;
Bila anda tidak beritahu, dia kata anda tidak percaya dan tidak cinta padanya.

Jika anda terlalu ambil berat pada dirinya, dia kata lelaki lain lebih ambil berat;
Jika anda tidak buat begitu, dia pilih yang lain.

Jika anda pandang-pandang gadis lain, dia kata anda playboy;
Jika anda tidak pandang, dia akan pandang lelaki lain.

Jika anda kerap telefon dia, dia tak akan telefon anda;
Jika anda tidak telefon dia, dia akan terlalu kerap telefon anda hingga mengganggu anda pula.

Jika anda hantar ini kepada perempuan, dia kata ini tidak betul;
Tapi bila anda tidak buat begitu, dia kata anda pentingkan diri sendiri..

Wanita amat sukar dipuaskan..

Macam-macam ada ngan orang perempuan ni… Makhluk yang sukar untuk difahami… Betulkan?